4LiFE TRANSFER FACTOR

SIHAT..UNTUK KEHIDUPAN YG SEMPURNA

tentang TRANSFER FACTOR

Transfer Factor: Info Bahasa Malaysia


Transfer factor adalah satu bahan, atau lebih tepat lagi molekul, yang terkandung di dalam kolostrum susu dan juga kuning telor. Melalui teknologi ekstraksi moden, transfer factor kini boleh diekstrak dari sumbernya dan dijadikan pemakanan tambahan. Produk pemakanan tambahan berasaskan transfer factor mewakili paradigma baru dalam bidang permakanan dan penjagaan kesihatan. Berikut soalan yang lazim ditanya mengenai transfer factor.

Apa itu transfer factor?

Transfer factor adalah molekul halus pembawa maklumat yang memindahkan maklumat imuniti dari satu entiti ke satu entiti yang lain, seperti di antara ibu yang menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Transfer factor terkandung di dalam kolostrum susu ibu (bagi mamalia) dan kuning telor (bagi burung dan reptilia).

Apa itu kolostrum?

Kolostrum adalah susu awal ibu yang diperolehi dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas bersalin. Selain dari mengandungi berbagai nutrien untuk kesihatan bayi, ia juga mengandungi transfer factor.

Apakah sejarah di sebalik transfer factor?

Pada tahun 1949 Dr. H Sherwood Lawrence, ketika membuat kajian mengenai penyakit batuk kering (TB), mendapati bahawa kecerdikan sistem imun individu yang sudah pulih dari penyakit boleh dipindahkan kepada individu lain yang belum terkena penyakit tersebut. Ia dijalankan dengan menggunakan molekul halus yang diekstrak dari sel darah putih pesakit berkenaan. Dr. Lawrence menamakan molekul halus tersebut sebagai transfer factor.

Apakah yang mendorong para saintis mencari transfer factor di dalam kolostrum?

Melalui pengamatan, didapati bahawa anak lembu yang tidak diberi susu awal lembu akan mati tidak berapa lama selepas dilahirkan walaupun diberi makanan lain. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah puncanya. Para pengkaji mendapati bahawa anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem imun yang terbentuk. Dengan kolostrum dari ibunya, sistem imun anak lembu dapat mengenali musuhnya lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.

Apakah usaha untuk mengekstrak transfer factor dari kolostrum berjaya?

Ya. Pada tahun 1989 dua orang penyelidik, Dr. Gary Wilson dan Dr. Greg Paddock berjaya mengekstrak transfer factor dari kolostrum dengan menggunakan satu teknik ekstrak yang unik. Melalui teknik tersebut, yang kemudian telah dipatenkan di bawah Paten US 4,816, 563, transfer factor tulen berjaya diekstrak dari kolostrum, dikeringkan dan dijadikan kapsul untuk kegunaan orang ramai secara oral.

Mengapa kolostrum lembu dipilih sebagai sumber transfer factor?

Lembu mempunyai sumber susu awal yang sangat banyak. Kesesuaian transfer factor tidak terhad untuk spesies (jenis) yang sama sahaja. Oleh itu transfer factor yang diperolehi dari lembu sesuai untuk digunakan oleh manusia dan spesies lain. Lembu juga lebih terdedah kepada cabaran alam sekitar seperti kotoran, kuman, virus, hama, kulat dan sebagainya menjadikan sistem imunnya jauh lebih kuat dari manusia. Ini bermakna transfer factor dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak “pengalaman” dan “kecerdikan” untuk memenuhi keperluan badan.

Apakah yang dimaksudkan dengan “kecerdikan” transfer factor?

Setiap manusia dan haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai-bagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan perosak dari luar, yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Sistem imunlah yang bertindak sebagai benteng bagi melindungi kita dari musuh-musuh ini. Apabila musuh datang menyerang, gambaran rupa musuh akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang diberi nama transfer factor. Transfer factor bertindak sebagai ‘kamera penyimpan maklumat’ rupabentuk musuh tersebut.  Maklumat tersebutlah yang dirujuk sebagai “kecerdikan” transfer factor. Apabila musuh datang menyerang lagi, sistem imun mudah mengenali mereka.

Adakah transfer factor selamat dimakan?

Ya. Produk pemakanan tambahan berasaskan transfer factor telah disahkan selamat untuk dimakan oleh beribu-ribu kajian klinikal di seluruh dunia. Para saintis mulai memahami sumbangan besar transfer factor di dalam penjagaan kesihatan generasi masa kini dan juga masa hadapan.

Adakah transfer factor disokong oleh data saintifik?

Sehingga kini terdapat lebih dari 3,000 kajian klinikal dan rencana (dalam jurnal “peer-reviewed”) yang diterbitkan mengenai transfer factor. Semenjak 50 tahun yang lalu, lebih dari 40 juta Dollar US telah dibelanjakan untuk penyelidikan dan data kajian menunjukkan bahawa transfer factor menyokong keperluan tubuh.

Jika transfer factor ada di dalam kolostrum, kenapa tidak ambil sahaja kolostrum?

Kolostrum hanya mengandungi sedikit transfer factor. Anda perlu mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg transfer factor. Kolostrum juga mengandungi protein, yang boleh menyebabkan alergi kepada sesetengah orang. Transfer factor tidak menyebabkan alergi kerana ia tidak mengandungi protein.

Saya rasa saya cukup sihat, perlukah saya mengambil transfer factor?

Transfer Factor membekal kecerdikan dan intuisi mengikut apa yang tubuh perlukan. Proses penuaan dan kehidupan di zaman moden menjejaskan fungsi tubuh dan ia perlu disegarkan semula agar terus berfungsi dengan optimum.

Adakah saya masih perlu mengambil transfer factor jika saya sudah pun menerima transfer factor dari ibu ketika bayi?

Transfer factor yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu keperluan tubuh pada masa itu. Sekarang kita menghadapi banyak cabaran baru, tubuh kita semakin lemah akibat proses penuaan dan ia memerlukan sokongan baru.

Bolehkah seseorang yang alergik kepada susu atau laktosa mengambil transfer factor?

Seperti yang diterangkan di atas, transfer factor tidak menyebabkan sebarang alergi kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (laktosa). Semua itu telah diasingkan oleh teknologi ekstraksi canggih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: